Tuesday, October 28, 2008

tula tipu prof lagi

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah Dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka in unaware Hari khamis tuh satu test, kira last minute la baru tahu (biasa la,student in kadang2, ponteng, lepas tuh tak nak tanya2 kengkawan). So, mereka berfikir la, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada Hari TU.nak kelentong professor la in.
Ada seorg TU, cadangkan rumah terbakar la,tapi Ada yg bantah. Cam tak logik sgt, bnyk laks soal jawab nanti dengan professor. Last2, dpt idea yg mereka fikir sgt bagus. Salah seorg tuh tepon la is professor tuh. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. Skrg mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh la in). Professor pun setuju la menangguhkan ujian ke Hari isnin depan. Lega. Mereka fikir, sempat la nak study jap.
Hari Isnin pun sampai. Ujian TU professor buat kat bilik dia. Yerla,4 org jer. Senang nak monitor kalau2 Ada la yg nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan je. Soalan pertama, 1 markah. Wah, skit je. Professor tanya apa nama subjek ujian yg mereka tgh ambil in.OK. Senang la kan . Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. Terkejut. Cuba teka apa soalan yg professor tuh bagi ? Sila scroll ke bawah utk jawapan.
Soalan ke 2 : tayar kereta mana yg pecah ? Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorg jawab depan kiri, seorg jawab depan kanan, yerlah, Ada 4 kemungkinan kan , professor boleh detect la mereka menipu... ... He he he, TU la, lain kali jgn tipu professor.

Friday, October 17, 2008

semester break

setelah habis final exam..bole berehat 3 minggu..
tp mesti mencari bahan2 jugak untuk membuat fyp..
cuti =/ fyp...fyp lagi penting...huhuhuhu

Monday, October 13, 2008

last exam

esok exam artificial intelligence last


entah xtau nak comment ape lagi

Friday, October 3, 2008

hari raya

raya udah raya pulak..

tidak ade ape2 menarik raya cuma mengeratkan silaturrahim sahaja menziarahi kwn
tp x brape ramai kerana ramai pulang ke desa...

Saturday, September 6, 2008

bazar ramadhan

ari td g bazar ramadan

rasa xpuas hati rasanye cam ditipu

beli roti jala igtkan ade la 2 keping seringgit

tp ble balik rumah cuma ade 1 dah la kecik je..

trus ilang selera nak makan roti jala 2

cekik darah tol..memang x kan g lepas ni

cari tempat lain...

Friday, September 5, 2008

tip-tips kejutkan org bangun tdo

kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..

1. Beri Salam dulu, bagi memberi peluang kepada rohnya utk masuk ke badan>pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tp kalau still tak effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. pukul ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke RFC,macdonald ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit

tp kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.

haishhh

sudah nak masuk 5 hari udah berpuasa...alhamdullilah

xbanyak sgt godaan di bulan yg mulia ini...

cuma kekadang teringin nak makan masakan mama...

5 hari berpuasa ni menandakan 5 hari jugak lak aku xpegi ke kelas..

penat berpuasa katakan dan mengantuk sebab berjaga sampai ke subur baru tdo..(alasan semata-mata)....

hahahaha


disini je kot malas nak tulis panjang2.

Thursday, September 4, 2008














senyum satu sedekah..mari kite maniskan wajah kite dengan senyuman..

senyumla senyumla wahai cek mek molek

:)

TRM-Test2 - Q2

kenape la time soklan 2 tetibe lupa rumus..
aduh..rugi..
soklan x de ar susah sgt tp bole terlupa rumus..
nampak gaya kene cari alternatif lain ni....

arap2 result x trus sgt untuk test 2

Wednesday, September 3, 2008

midterm test

tepat jam 8.30 malam ade paper TRM-resource managment...

paper yg agak membunuh menurut kawan2 yg pernah mengambil

paper ini sama ada fail atau mereka drop kerana takut fail..

aku berharap la dapat membawa subjek ni...takut fail...hua hua..

tp xde la susah sgt cuma kene banyak kan latihan..

practice make perfect...tp klu malas wat latihan macam aku ni cam ne kire..

ok la xmo membebel panjang...ari ni puasa dah masuk ari ketiga..

puasa tiba kembali

sudah sempurna dua ari berpuasa...hari ini hari ketiga.
alhamdullilah xbanyak dugaan di hostel ni cuma sahur sahaja kurang sempurna...

tp ari ni kedai makan untuk sahur dah dibuka...

hehehehe

selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia...

selamat beramal dan renung-renungkan lah

Thursday, July 10, 2008

shortcut untuk pc

Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S.

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.

Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
-Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
-Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Menaip URL pada Address Bar
-Jika anda menggunakan Internet Explorer.Anda tidak perlu menaip "http://www.yahoo.com" Sebaliknya anda hanya perlu taip "yahoo" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com

Mencetak dari web
-Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
-Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik

Membuka satu tetingkap IE baru
-Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
-Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.

Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
-Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
-Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.

Hentikan Fungsi Autoplay
-Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
-Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin
menggunakan kekunci L selain kekunci O.

Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.

Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.

Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.

Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

Wednesday, June 11, 2008

cinta sejati

ni la CINTA.


ada seorang gadis buta,,,,
semua org bencikan die,,,
kecuali kekasihnya,,,
gadis itu selalu berkata,,
"saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat"
1 hari tu,,,
ada org demakan mata kp gadis tuh,,
bila gadis tuh boleh melihat,,
die merase sgt TERKEJUT!! apabila kekasihnya juga buta,,
kekasihnya berkata
"Sudikah awak mengahwini saya sekarang??"
Gadis itu menolak,,
Kekasihnya pergi lalu berkata,,,
" TLG JAGA MATA SAYA BAIK2"


p/s adakah ini cinta sejati?

Tuesday, June 3, 2008

time cuti camni agak bosan

wah aku time cuti ni makan
tdr,keluar melepak...mengadap pc..
itu je keje..

tgh mencari something yg interesting...
masih belum ketemu....

someone help me pliss....

Thursday, May 22, 2008

tgok la klu sampai ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Saturday, May 17, 2008

KaWaN

kawan...bila rasa ingin

menangis..hubungilah aku.. bukan aku

nak suruh kau berhenti menangis... tapi

mungkin aku boleh menangis

bersamamu... kawan... jika terasa tiba2

nak melarikan diri...jauh dari

masalah...hubungilah aku...aku takkan

suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku

akan berlari bersama kau agar masalah

kau boleh selesai... kawan.. jika kau kecewa

keluargamu tak bahagia..beritahulah

aku..aku takkan buat kau benci kepada

ibu bapa kau..tapi..terimalah segala

ketentuan Allah dan berusahalah m'jadi

anak yg soleh.. tetapi kawan... jika

suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak

membalas messagemu.. aku tidak

angkat panggilan darimu...tiada khabar

berita drpdku... abadikan segala

kenangan indah bersama dalam

memorimu..

one more to go

ari ni first paper..
aku jwb tnpa confident lak td..
adess
time dah tgok exam paper blur tetibe...

aku fobia ngn exam paper or exam paper yg fobia ngn aku.


argggggggggg.......

Sunday, May 11, 2008

cinta vs suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

cinta vs suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

lelaki idaman perempuan

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

adakah korunk semua tergolong?

Friday, May 9, 2008

aku nak hostel

ari ni berkuat kuasa kan saat ini
aku still x dapat hostel..
ape kejadahnye..
aku mau hostel...
klu x terpaksa dok umah..adesss

erti kawan.

baca la dan renung2kan la bersama...:)




MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU

BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU

BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU

MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK

TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN

MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG

PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN

MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG

PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG

KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU

MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH

PENUH DGN KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA

DRPDNYA:

DEAR_________,

SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI

KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA

BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU

BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK

MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM

KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA

DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA

SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK

DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS

SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA

SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF

SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA

MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU

MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI

SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG...

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK

MEMINTA MAAF PDNYA.

TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.

IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH

TGNNYA.

DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN

BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN

ANAKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT.

KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG

KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT

TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN

TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU

MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN

MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU

APE

AKAN TERJADI ESOK HARI

appreciate your friends and dont take

them for granted. we never really know

how much they mean until we have lost

them.

to all of my frens,

we maybe friends one day and never

talk to each other another day, but

our friendship creates a beautiful

music in my heart and it is your

friendship that colours my world.

thank you for being a friend and no

matter where we go or who we become

i'll always treasure our friendship

and i hope u'll do the same.

to my frens who have read dis, i noe

it's not friendship day or

anything,but thank u. thank u for

sparing a little time to read dis.

Final Exam

oh kenape mesti ade exam....???
hik hik hik
sem ni paling senang bagi aku sebab aku amik
3 subjek je dan just 2 got final exam..

17 - operating system 1
20 -software engineering

arap2la aku leh score..
klu aku dapat A dapat pizza hut:p

kene dapatkan A n dapat makan pizza...
hik
hik
hik

asal usul shinichi

aku dapat nick shinichi adalah dr
komik detective yg dr kecik lagi aku minat..
memang dr kecik lagi aku baca ko komik 2..
komik tulisan gosho ayoma..
mengisahkan pasal seorang detektif muda yg bernama
shinichi kudo yg telah terjebak dlm kumpulan geng
hitam sehingga menyebabkan beliau menjadi kecik
dan menggunakan nama samaran conan edogawa..
beliau menjadi kecik kerana telah diberi ubat oleh
kumpulan geng baju hitam yg aku lupa ape
nama ubat 2..
dr situ bermula la kisah pengembaraan detektif muda
conan edogawa menyelesaikan kes disamping memburu kumpulan
geng baju hitam...beliau dibantu oleh kaum2 fbi...
aku memang suka cerita penyiasatan cam ni dan 1 lagi komik yg
paling aku minat adalah penyiasat remaja hajime kindaichi.
tp yg aku tensen skrg ni ngn komik detektif conan ni dah makin lmbat keluar..
dl sebulan sekali pada beberapa taun lepas dan skrg jd 2,3,4 bulan skali lak
diceritakan bahawa pelukis komik ni gosho oyama meninggal
tp aku x tau ar btol ke x...seksa menunggu ni..

percubaan

Percubaan Membuat blog....lalalalala...
ni time bosan2, nak stdy malas....:P
ape lagi nak ditulis..sungguh malas menulis...haha